Tuesday, 30 October 2012

PBS Bahasa Melayu Tingkatan 2 Band 1


Kemahiran


Mendengar - bertutur


Band

1 (Tahu)


Pernyataan Standard

Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.


Deskriptor

B1 DL1
Berbual tentang isu semasa dengan ayat yang mudah.


Evidens

B1 DL1 E1
Berbual tentang isu semasa dengan ayat yang dapat difahami.


Aktiviti Pentaksiran

Bahan                              : Isu Semasa

Langkah Pentaksiran    :

  1. Guru berbual secara spontan tentang isu semasa.

Contoh:  cuaca (panas @ banjir)
      
  1. Murid memberikan respons kepada guru secara spontan.




Contoh Item


Soalan dan Jawapan

S: Apakah pendapat kamu tentang cuaca hari ini?

J: Panas cikgu. Tidak selesa hendak belajar...

S: Siapakah yang tidak tahan dengan cuaca panas? Mengapa?

J: Saya. Saya boleh mengidap demam sekiranya cuaca terlampau panas.





Kemahiran


Membaca

Band

1 (Tahu)


Pernyataan Standard

Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.


Deskriptor

B1 DB1
Membaca perenggan dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.


Evidens

B1 DB1 E1
Membaca ayat dalam perenggan daripada sesuatu sumber dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.


Aktiviti Pentaksiran

Bahan                              : Buku teks Tingkatan 2 (m/s 3)
                                            BERTANDANG KE RUMAH SABRINA

Langkah Pentaksiran    :

  1. Murid dikehendaki membaca teks  ‘Bertandang ke rumah Sabrina’  dengan jelas.
    
  1. Murid diminta untuk menuturkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.



Contoh Item


Contoh:
-          “Dimanakah Mei Hwa, ni?”
-          “Hai,  Nagesh!”
-          “Lamakah awak menunggu saya?”
-          “Tidak mengapa walaupun saya menunggu lama, asalkan awak tiba dengan selamat,”




Kemahiran


Menulis

Band

1 (Tahu)


Pernyataan Standard

Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.


Deskriptor

B1 DT1
Menulis ayat yang lengkap.


Evidens

B1 DT1 E1
Menulis ayat-ayat yang mengandungi subjek dan predikat.


Aktiviti Pentaksiran

Bahan                              : 1. Nota dan penerangan guru (panduan)
                                            2.Soalan   - Subjektif                                    


Langkah Pentaksiran    :

  1. Murid telah dimaklumkan pada sesi kelas sebelumnya tentang subjek dan predikat ayat.
    
  1. Murid diminta untuk menjawab soalan  yang dibekalkan oleh guru berkaitan subjek dan predikat.

  1. Hasil kerja murid ditafsir berdasarkan skema yang telah ditetapkan.


Contoh Item


Nota guru:

Tajuk: Subjek dan Predikat

Memenggal ayat kepada frasa subjek dan frasa predikat.

Contoh:

Subjek                      Predikat
Ali                             guru sementara di sekolah itu.

Evidens pentaksiran:

Soalan

Sila isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.



di Kampung Setia Jaya, Semanggol.
 

sedang tidur.
 

Pegawai itu
 

mengecat rumahnya setiap tahun.
 

Kanak-kanak itu
 

amat bermutu
 

Pelajar ini
 

berpusing laju
 

ayah pulang lewat
 

Berwarna Hitam
 










subjek
predikat

1.Pemuda itu

_______________________________


2.Adikku

_______________________________


3.Rumahnya

_______________________________


4.______________

amat rajin.


5.______________

menaiki bas sekolah


6. Buku itu


_______________________________

7. _______________


perlu diberi bimbingan

8.Kipas itu


_______________________________

9. Semalam

._____________________________


10.Kereta abang


______________________________

1 comment:

  1. Jika kita merujuk kepada kandungan buku teks Bahasa Melayu tingkatan 2, edisi Dewan Bahasa dan Pustaka, yang diguna pakai di kebanyakan sekolah di Malaysia, tajuk tatabahasa pada peringkat awal (dalam hal ini unit-unit terawal) menyentuh tentang kata nama am, kata nama khas, kata kerja transitif dan tak transitif. Pada pandangan saya, evidens tulisan band 1 ini juga harus selari dengan kandungan buku teks. Justeru kita seharusnya menguji pelajar-pelajar dengan tajuk-tajuk seperti mana terdapat dalam teks. Hal berkaitan subjek dan predikat belum disentuh lagi pada peringkat awal ini.

    ReplyDelete